Ronald Koeman percaya masih lagi mendapatkan sokongan pemain Barcelona tetapi menerima masa depannya tidak lagi di tangannya selepas mengalami kekalahan 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara kepada Benfica.

Selepas tewas 3-0 kepada Bayern Munich dalam aksi pertama, mereka terus berdepan aib apabila tewas dengan keputusan yang sama di Lisbon.

Ini bermakna ia merupakan kali pertama Barca tewas dua perlawanan pertama saingan UCL buat pertama kali dan menyaksikan mereka tercorot dalam Kumpulan E.

Di samping itu, Barca telah tewas berturut-turut dalam perlawanan peringkat kumpulan buat pertama kali sejak 2000-01.

Situasi Barca bergolak sejak penghijrahan Lionel Messi disahkan bulan lalu dan mereka turut terpalit dengan isu kewangan yang sejak beberapa bulan yang lalu.

Barcelona

Kekalahan awal pagi tadi hadir beberapa jam selepas LaLiga mengesahkan had gaji Barca bagi musim 2021-22 telah dipotong daripada EURO280 juta kepada EURO97 juta, hanya ketujuh tertinggi dalam saingan terbaik Sepanyol, mengetengahkan keadaan yang mereka hadapi ketika ini.

"Saya tidak akan membincangkan mengenai tahap pasukan ini," kata Koeman.

"Semua orang tahu apa masalah Barca hari ini. Tidak mustahil untuk memberi ulasan mengenai pasukan yang bukan daripada sebelumnya. Bagi saya ini lebih jelas daripada air.

"Saya tidak dapat mengatakan apa-apa mengenai masa depan saya. Saya menerima sokongan daripada pemain saya dan sikap mereka, tetapi saya tidak tahu apa yang difikirkan kelab.

"Itu bukan di tangan saya, dan itulah sebabnya saya tidak mahu menjawab apa-apa mengenai masa depan saya. Kita akan melihat apa yang berlaku."