Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengesahkan bahawa Fabinho, Virgil van Dijk, Thiago dan Curtis Jones kini bebas daripada pengasingan COVID-19 menjelang kujungan ke laman Leicester City awal pagi esok.

Selain Thiago, The Reds tidak menurunkan tiga pemain lain dalam senarai itu sewaktu menewaskan Newcastle United 3-1 pada 16 Disember lalu berikutan kes COVID-19 dalam pasukan itu.

Tiga hari kemudian, Thiago turut didapati positif virus itu sebelum Liverpool terikat 2-2 dengan Tottenham dan keempat-empat pemain berkenaan turut tidak dapat diturunkan ketika The Reds menewaskan Leicester dalam penentuan sepakan penalti Piala Liga Inggeris (EFL).

Selain itu, perlawanan menentang Leeds United pada Boxing Day turut terpaksa dibatalkan berikutan masalah sama yang membelenggu kem lawan kendalian Marcelo Bielsa itu.



"Pemain yang menjalani pengasingan sudah kembali -- Fab, Virg, Curtis dan Thiago," kata Klopp dalam sidang media menjelang perlawanan awal pagi esok.

"Thiago sudah mula berlatih bersama pasukan semalam.

"Kami masih mempunyai seorang pemain muda dan dua staff yang perlu meneruskan pengasingan.

"Kami tidak tahu variant yang mana menjangkiti pemain kami.

"Kami sudah melihat kes ini selama dua tahun. Apabila anda sudah divaksinasi dan mengambil booster, anda tidak mengalami sebarang gejala," katanya.