Jurgen Klopp yakin Mohamed Salah akan menandatangani kontrak baharu dengan Liverpool di tengah-tengah spekulasi mengenai masa depan penyerang itu.

Salah, yang kini bertugas antarabangsa bersama Mesir di Piala Negara-Negara Afrika, baru-baru ini memberikan temu bual kepada GQ di mana dia menyatakan dia tidak meminta 'perkara tidak masuk akal' semasa rundingan, sambil menambah bahawa dia mahu kekal tetapi keputusan itu terletak di tangan kelab.

Bercakap pada sidang akhbar menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala EFL menentang Arsenal pada Khamis ini, Klopp ditanya mengenai mengenai dan sama ada dia bimbang bintang itu mungkin tidak menandatangani semula kontrak baru, dengan hanya tinggal 18 bulan dalam perjanjian semasanya di Anfield.

"Saya tahu bahawa Mo mahu kekal. Kami mahu Mo kekal. Itulah situasi buat masa ini," kata Klopp. "Perkara ini mengambil masa. Saya fikir perbincangan berjalan lancar. Saya sangat positif mengenainya.

"Tiada apa yang perlu dirisaukan, ia adalah proses biasa. Dia mempunyai kontrak di sini untuk musim ini dan musim depan. Semuanya baik-baik saja."