Kuala Lumpur City menerbitkan sebuah video khas bagi mendoakan dan memberikan sokongan buat pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim

Bintang Harimau Malaya, Faisal, kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Shah Alam selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali hujung minggu lalu.

Antara yang terlibat dalam video berkenaan ialah kapten KL City, Paulo Josue, bekas kapten Selangor, Brendan Gan, penjaga gol, Azri Ghani, dan ketua jurulatih, Miroslav Kuljanac.