Jurulatih Kuala Lumpur (KL) City , Bojan Hodak, melabelkan aksi keenam Liga Super bertemu Sabah FC sebagai aksi kompetitif sebenar buat anak buahnya.

Hodak tidak teragak agak menyifatkan lima aksi terdahulu sebagai hambar dengan mengandaikannya ibarat aksi persahabatan tanpa kehadiran penonton.

Semangat mungkin akan berbeza menjelang aksi dengan Sabah di mana elemen tekanan daripada penyokong akan memainkan peranan besar sepanjang 90 minit permainan.

Persiapan terakhir sebelum bertemu Sabah FC esok ! #KLCity #PrideofKL #sampaimatikualalumpur

Posted by Kuala Lumpur City on Friday, April 2, 2021


Jurulatih kelahiran Croatia itu nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk kembali berasakan kemeriahan sebenar bola sepak Malaysia walaupun ada yang berpendapat aksi simulasi penyokong mungkin akan memberi tekanan kepada barisan pemainnya ekoran tumpuan yang diberikan oleh semua pihak.

"Suasana perlawanan kompetitif itu adakalanya tidak menjelma jadi kali ini ia mula kembali kerana kami lazimnya bermain di depan penyokong.

"Tanpa mereka tiada tekanan jadi esok adalah satu perkembangan menarik , " katanya.

Menurutnya lagi, persediaan menentang Sabah berjalan lancar.

Skuad Badak memiliki barisan serangan yang ampuh, lebih-lebih lagi memiliki beberapa pemain seperti yang boleh mengundang ancaman seperti Amri Yahyah, Saddil Ramdani serta Maxcius Musa.

Bagaimanapun, pencarian tiga mata menjadi keutamaan Hodak bagi memperbaiki kedudukan KL City yang kini berada di tangga keenam.

"Mereka berbisa dalam serangan balas.

"Amri Yahyah boleh jadi ancaman dengan pengalamannya biarpun dalam tempoh 45 minit.

"Dia telah membuktikannya termasuk dalam perlawanan persahabatan.

"Kami perlu sekat mereka tetapi dalam masa sama perlu mencari peluang untuk melakukan jaringan, kemudian barulah boleh mencatat keputusan yang baik."


Maklumat penting untuk kemasukan Ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur bagi perlawanan LS6 Kuala Lumpur City FC menentang...

Posted by Kuala Lumpur City on Friday, April 2, 2021