Kessie kini dalam tahun terakhir bersama Rossoneri dan telah dikaitkan dengan Chelsea, Arsenal dan Liverpool.
Pemain berusia 24 tahun itu, kini mewakili Ivory Coast dalam Sukan Olimpik Tokyo, memberikan jaminan Milan bahawa dia tidak berniat untuk berhijrah.
"Saya bangga kerana memilih Milan dan tidak berniat untuk berhijrah. Memang saya mahu kekal selamanya," katanya kepada Gazzetta dello Sport
"Apabila saya kembali daripada Olimpik, saya akan memperbaiki segalanya. Saya hanya mahu terus beraksi di Milan. Pengarah sukan, Paolo Maldini, mengetahui pandangan saya.
"Saya mahu menjadi 'presiden' Milan seumur hidup."
