ELCHE 0 ATLETICO 2

Diego Simeone yang berasa lega memuji usaha pemainnya selepas Atletico Madrid menandakan perlawanan LaLiga ke-400 dibawah kendaliannya dengan kemenangan 2-0 di Elche, awal pagi tadi.


Atleti juga mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara (UCL) menerusi kemenangan itu apabila dipisahkan enam mata dengan Real Betis yang menguasai di tangga kelima menerusi jaringan Matheus Cunha dan Rodrigo de Paul.

Dalam 11 tahun Simeone di kelab itu, Atleti masih mampu menggugat era kegemilangan Barcelona dan Real Madrid apabila memenangi LaLiga, Liga Europa dan Piala Super UEFA sebanyak dua kali serta Copa del Rey.

Simeone mempamerkan sikap rendah diri selepas kemenangan tersebut sambil berkata sokongan ditawarkan seperti itu sudah jarang berlaku hingga membolehkan dia berkhidmat lama.

“Ia adalah detik penting kerana jika bukan kerana semua pemain yang telah mewakili kelab ini, ia adalah mustahil,” katanya selepas perlawanan.




"Saya bersyukur dan bertuah kerana kelab ini sentiasa menyokong saya dan saya juga ingin berterima kasih kepada semua pemain yang berada di sini selama ini bagi membenarkan saya mencapai segala kemungkinan ini.

"Saya gembira buat pemain yang mengharungi musim yang tidak teratur. Kami bersaing dengan sangat baik dalam UCL tetapi dalam LaLiga pula kami terumbang-ambing.

"Sasaran kami sudah tercapai. Kami memang berhak, kami bekerja keras dan ia membuatkan kami kembali ke UCL untuk setahun lagi.

"Ia sangat mustahak buat kelab."