Baik Harimau Malaya mahupun Oman, dua pemain pasukan masing-masing menjadi mangsa kecederaan dalam setiap babak.

Pertahanan negara, Azam Azmi Murad, terlalu berasakan sengsara di kaki kanannya selepas usahanya untuk merampas bola daripada kaki lawan.

Terjahannya tampak tidak begitu lancar yang membuatkan pemain Terengganu FC itu terbaring kesakitan.

Dia terpaksa diusung keluar pada minit ke-24 dan selepas perlawanan, Azam Azmi, didapati keluar dari Stadium Nasional, Bukit Jalil, dengan bertongkat dan memakai pendakap kaki.




Sementara itu, penyerang Oman, Omar Al-Malki, melalui detik hampir serupa, ketika menerjah Paulo Josue, 40 minit kemudian.

Penyerang itu terhincut-hincut meninggalkan apabila ketua jurulatihnya, Jaroslav Silhavy, menggantikannya dengan serta-merta ekoran insiden di tengah padang itu sambil tonggah tengah kebangsaan, Brendan Gan, memanfaatkan waktu itu untuk menanam semula bongkahan rumput yang terangkat akibat insiden berkenaan.