Pertahanan negara, Daniel Ting, beranggapan ketiadaan beberapa tonggak bukan satu situasi yang ideal buat skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Oman.

Ketiadaan kapten Harimau Malaya, Matthew Davies dan Junior Eldstal, Malaysia bertandang ke Muscat bukan dengan kekuatan yang sempurna.

Saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia berlangsung tatkala Liga Malaysia (Liga-M) belum bermula, dengan kesulitan mengumpul pemain dalam tempoh masa sepatutnya maka ia bukanlah satu petanda yang bagus untuk skuad negara.

Daniel tidak menafikan keadaan itu sambil menegaskan hanya kemahuan pemain sendiri sahaja mampu mengubah keadaan.







Ketiadaan Matthew meletakkan skuad negara dalam situasi rumit, namun Daniel sedia menggalas tanggungjawab utnuk mengisi posisi pertahanan kanan dan mengulangi prestasinya dalam Piala Asia 2023 bertemu Korea Selatan.

"Ia bukan satu yang ideal kami akan beraksi ketika masih dalam pra-musim, kurang minit permainan.

"Kami hanya perlu patuhi arahan jurulatih (Kim Pan-gon).

ia bukan posisi semula jadi buat saya tapi saya hanya perlu melaksanakan tugas ini," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ni.