Pertahanan kanan negara, Azam Azmi, meninggalkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ), tengah malam tadi dengan bertongkat dan memakai pendakap di pergelangan kaki kanannya.

Daniel Ting masuk bagi menggantikan rakan sepasukannya itu yang terpaksa diusung keluar pada minit ke-24 akibat pendaratan kurang baik ketika cuba merampas bola daripada pemain tengah Oman, Harib Al-Saad.

Tindakannya itu memakan diri dan pemain berusia 23 tahun tersebut serta-merta memegang kaki kirinya, sekali gus mencetuskan kegusaran bahawa dia mungkin dilanda masalah lutut serius.

Apa pun, berdasarkan pendakap yang dipakainya, ia mungkin memberi gambaran bahawa Azam mengalami masalah di buku lali kanannya.