'Waspada ancaman Mongolia.'

Demikian tegas ketua jurulatih skuad B-22 negara, Brad Maloney, menganggap Mongolia sebuah pasukan yang perlu diberikan perhatian dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.

"Tiada kecederaan ringan dalam sesi latihan ringan hari ini selepas perlawanan semalam.

"Kami perlu tengok bagaimana pula perkembangan esok menjelang perlawanan Khamis ini," kata jurulatih kelahiran Australia itu.





Skuad negara ketika ini berada dalam motivasi terbaik menjelang pertemuan kedua Kumpulan J berdepan Mongolia dengan semua pemain bebas daripada kecederaan.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia bertemu Mongolia adalah pada 2017 dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 dengan kemenangan berpihak skuad negara 2-0.

Menurut Maloney lagi, kelebihan fizikal yang dimiliki Mongolia perlu diawasi anak buahnya jika berhasrat untuk meraih kemenangan kedua.

"Saya harap persembahan kami semakin meningkat.

"Mongolia di bawah jurulatih dari Jepun merupakan sebuah pasukan yang teratur dan amat kompetitif daripada segi fizikal.

"Ia bukan mudah tapi kami perlu bersedia."