Kylian Mbappe mempunyai kualiti berkomunikasi untuk bertindak sebagai kapten Perancis, malah Didier Deschamps enggan mengambil kira prestasinya kebelakangan ini.

Ketua jurulatih Les Bleus itu baru-baru ini masih buntu untuk menamakan ketua pasukan tetap dan bintang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut menjadi pilihan sementara bagi menggantikan Hugo Lloris yang bersara di peringkat antarabangsa.

Bercakap kepada Telefoot minggu lalu, Lloris berkata: "Ada seorang pemain yang semakin berkuasa dalam setiap aspek di dalam dan di luar padang, malah dalam fungsi bilik persalinan -- iaitu Kylian Mbappe."

Perancis bakal berdepan Belanda dalam kelayakan Euro 2024 Sabtu ini dan Deschamps berdepan soalan bertubi-tubi mengenai identiti ketua pasukan kebangsaan dalam sidang akhbarnya malam tadi. .

"Saya akan menggunakan beberapa hari pertama ini kumpulan untuk membincangkannya dengan pemain terbabit secara berkumpul," katanya selepas menawarkan jawapan yang sama minggu lalu.




"Jelas sekali, Kylian adalah salah seorang pemain itu.

"Jadi, anda akan tahu lebih banyak lagi apabila saya bertemu anda selepas ini. Dalam erti kata lain, sehari sebelum perlawanan.

"Saya fikir jika dia (Mbappe) mempunyai satu kualiti sebagai tambahan kepada segala kualitinya lain yang milikinya, ia disebabkan dia seorang yang cukup bagus, sangat bagus dalam komunikasi.

"Jadi, saya tidak fikir itu adalah masalah dalam aspek berkenaan. Apapun baiklah, saya tidak boleh memberitahu anda lebih banyak lagi kerana hari ini saya belum memuktamadkan keputusannya."