Pertemuan di antara Kelantan dan Kuching City pada saingan Liga Super musim ini menarik perhatian peminat-peminat bola sepak Negara kerana kedua-dua pasukan ini telah mempamerkan aksi yang menarik sepanjang Liga Perdana musim lalu.

Walaupun kancah saingan liga yang berbeza musim ini tetapi kedua-dua pasukan telah bersedia untuk membuat penampilan yang lebih menarik dalam saingan Luga Super.

Menduduki tempat kedua bagi Kelantan dan ketiga untuk Kuching City dalam Liga Perdana musim lalu banyak membantu pengurusan mereka untuk menambah baik pasukan.

Kekuatan yang ada pada kedua-dua pasukan ini agak seimbang namun kelebihan yang dilihat dalam pertemuan esok ia banyak memihak kepada juara Liga Super dua kali (2010 dan 2012) itu kerana jurulatih Choi Moon Sik membawa pemain-pemain import berpengalaman di peringkat antarabangsa seperti Cifuentes, Carli de Murga dan Leonardo Rolon.




Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk membantu pemain-pemain tempatan seperti Carli de Murga sebagai pemain midfield tengah yang kental dan punya pemikiran bertahan dan menyerang yang baik.

Pernah berkhidmat bersama Terengganu dan juara sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim itu pasti akan memberi kelebihan bahagian tengah The Red Warriors.

Sementara itu, Kuching City juga akan mempertaruhkan pengalaman Irfan Bakti Abu Salim sebagai jurulatih yang begitu masak tentang rencah bola sepak tempatan dan pasti akan mengunakan pengalamannya itu untuk merencana strategi yang boleh memerangkap The Red Warriors.





Joseph Kalang Tie sekali lagi pasti akan menjadi taruhan Irfan Bakti untuk mengferakkan bahagian sayap supaya dapat melakukan hantaran-lataran lintang kepada Abu Kamara sebagai penyerang utama.




Bahagian tengah pasti akan tertumpu kepada Sirojiddin Kuziev untuk mencorakkan permainan The Cats.

Atas ciri-ciri yang dinyatakan itu nampak seimbang tetapi apabila bermain di laman sendiri ia memberi kelebihan kepada Red Warriors kerana sokongan yang akan diberikan penyokong-penyokong mereka pasti mengamatkan suasana dalam perlawanan itu selain pengalaman pemain import.

Ini akan memberi sedikit tekanan kepada pemain-pemain The Cats, namun dalam perlawanan pembukaan liga kebiasaannya setiap pemain akan mencari tempo untuk menyesuaikan diri dan berhati-hati dalam setiap gerakan.

Namun, penulis yakin perlawanan Kelantan dan Kuching City yang menarik untuk diberikan tumpuan.