Kelantan FC akan mengekalkan hampir 70 peratus pemain untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Perkara itu dikongsikan pemiliknya, Norizam Tukiman, menerusi catatan di Facebook Zamsaham hari ini.

"Dalam 60 hingga 70 peratus pemain TRW (The Red Warriors) akan kekal," tulisnya dalam laman sosial.

Dia juga memaklumkan telah berhubung dengan jurulatih skuad Petaling Jaya (PJ) City FC, P Maniam, tetapi belum ada sebarang keputusan muktamad.

Inidividu yang juga dikenali sebagai Zamsaham itu memberitahu pasukan Kelantan FC dalam usaha untuk melakukan persiapan terbaik menjelang musim 2023.

Katanya, pihak pengurusan bekerja keras secara ‘diam’ dan dia berharap peminat dapat bersabar menantikan perancangan sebenar TRW bagi musim baru nanti.

"Bila sampai waktu, Insya-Allah kami kongsikan. Mereka sedang bekerja dalam 'diam'," katanya.

Kredit: Sinar Harian