Mikel Arteta telah mendedahkan dia didorong oleh kenangan pahit kekalahan musim lalu di Manchester City sebelum kembali ke Stadium Etihad esok.

Tetapi pengendali Arsenal itu menegaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu masih lagi pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan tahun ini.

Bagaimanapun pengendali kelahiran Sepanyol itu tetap optimis The Gunners mempunyai momentum untuk mencipta sesuatu musim ini.

“Bagaimana perasaannya selepas perlawanan itu musim lalu? Tidak bagus,” kata Arteta. "Saya tidak mahu melaluinya lagi kerana kami tahu selepas itu ia akan menjadi sangat sukar, sesuatu yang kami perjuangkan selama berbulan-bulan."

Musim ini Arsenal akan kembali sebagai pendahulu selepas mencatatkan lapan kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris dan menetapkan pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara dengan Bayern Munich.

Arteta mengambil alih kerusi panas di Stadium Emirates pada Disember 2019 hanya beberapa hari selepas pasukan Pep Guardiola menewaskan mereka 3-0 dan kemudian tewas enam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris menentang mentornya. Rentetan kekalahan itu akhirnya ditamatkan Oktober lalu susulan kemenangan 1-0 di Stadium Emirates.

Ditanya tentang pengajaran daripada kemenangan itu, Arteta menjawab, “Tahap yang kami hadapi dan di mana kami mahu berada. Anda perlu membuat langkah yang kukuh untuk berada di tahap ini dan kami telah melakukannya sejak beberapa musim kebelakangan ini. Kami semakin rapat dan kini cara kami merapatkan jurang itu dan cuba menjadi lebih baik daripada mereka."