Pep Guardiola percaya ketidakadilan yang dilihat dalam jaringan Erling Haaland yang tidak dibenarkan dalam keputusan seri 1-1 di Brighton Rabu lalu membuktikan Manchester City adalah juara Liga Perdana Inggeris atas merit mereka sendiri.

Penjaring terbanyak City, Haaland kelihatan telah meraih kemenangan di penghujung permainan di Stadium Amex tetapi tandukannya dari jarak dekat hasil hantaran lintang Cole Palmer telah dibatalakan selepas VAR menunjukkan penyerang itu menarik jersi Levi Colwill.

Pengendali City itu mendakwa Haaland telah mengalami sentuhan fizikal yang sama daripada pemain pertahanan sepanjang musim dan berasakan insiden itu menunjukkan pasukannya tidak mendapat manfaat daripada pengadil dalam usaha memburu kejuaraan.

"Jika ia tidak dibenarkan, setiap tindakan kepada Erling Haaland oleh semua pertahanan tengah adalah satu kesalahan," katanya.

“Setiap tindakan. Dan kami melihat satu atau dua (pada hari Rabu).

“Ia gol kerana dia lebih besar, dia lebih kuat, dia memenangi kedudukan itu (daripada Colwill) dan ia adalah aksi yang luar biasa daripada Cole Palmer dan gol itu harus diberikan.


“Tetapi itu membuktikan bahawa apa yang kami menang di atas padang adalah milik kami, tidak ada sesiapa yang memberi kami apa-apa.

“Dia mempunyai lebam di seluruh badannya selepas perlawanan. Jika dia melakukan kesalahan dalam gol yang tidak dibenarkan, setiap tindakan kepadanya adalah kesalahan dan tidak pernah berlaku."