Hasrat untuk melihat Faisal Halim menyarung jersi Red Giants mungkin tidak berlaku andai Terengganu FC bijak buat keputusan -- ini adalah kerana keutamaan Faisal adalah untuk Terengganu FCwalaupun bersyarat.

Pertama jumlah gaji baru yang ditawarkan.

Kedua keberadaan pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain musim depan.

Itu dua syarat yang ditetapkan Faisal Halim.

"Saya mahukan keputusan yang wajar bagi menentukan masa depan saya dan kedudukan Nafuzi Zain sebagai jurulatih amat penting," kata Faisal.

"Tidak mengira nilai gaji yang besar atau sebaliknya, saya mahu berbincang dengan jurulatih terlebih dahulu."

Faisal tidak teragak-agak untuk meletakkan nilainya bersama mana-mana pasukan dan menjanjikan komitmen luar biasa untuk setiap majikannya.

Berbaki 20 hari, keputusan akan diambil Faisal sebaik tamatnya pentas akhir Piala FA 2022.

"Sejujurnya, saya mahu kekal bersama Terengganu tetapi kita tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang," katanya lagi.