Skip to main content

Bola Sepak

Kedah Darul Aman FC ikat Nafuzi dua tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nafuzi-kedah.jpg
Nafuzi Mohd Zain diumumkan sebagai ketua kurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang baru dengan kontrak selama dua tahun bermula musim 2023.

Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, berkata pengalaman dan prestasi cemerlang dimiliki Mohd Nafuzi dalam membina pasukan bola sepak ‘from bottom to top’ diharap dapat dibawa ke dalam skuad Sang Kenari itu pula.

Menurutnya, kelab berkenaan memberikan sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih itu untuk memilih barisan pemain dan mencari bakat-bakat baru yang boleh diserap masuk ke dalam pasukan itu.

"Saya minta peminat KDA FC supaya beri masa kepada Nafuzi untuk membina dan membangunkan pasukan yang gah, disegani dan dihormati.

“Saya juga ingin memaklumkan jumlah keseluruhan pemain untuk musim depan adalah seramai 25 orang dan nama-nama mereka hanya akan diumumkan nanti. 
“Seramai 17 pemain bagi musim 2022 tidak ditawarkan kontrak baru untuk musim depan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mod Daud berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pelantikan Ketua Jurulatih Baru musim 2023 di antara Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali, dan Nafuzi.

Terdahulu, Mohd Daud juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara KDA FC, yang diwakili Khamal Idris, dan Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB), yang diwakili pengerusinya, Muhammad Edi Soffi Ramli, dalam aspek perniagaan bagi menjana pendapatan dan menyumbang kepada pendanaan operasi kelab berkenaan.

Sementara itu, Nafuzi berkata bukan mudah untuk dirinya, yang pernah menyarung jersi Hijau Kuning pada musim 2006-2007, mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan tersebut.

Dia mengakui tidak sabar dan teruja untuk kembali berada di bumi Jelapang Padi dan berjanji memberikan yang terbaik untuk kejayaan pasukan itu.

“Perancangan saya adalah untuk mengembangkan lagi bakat pemain anak jati Kedah itu sendiri kerana sedia maklum Kedah mempunyai barisan pemain lama dan baru yang cukup bagus dan digeruni.

"Bagi barisan pemain untuk musim depan pula, saya akan membuat pemilihan dengan mengambil kira aspek-aspek penting bagi memastikan pasukan Kedah musim depan lebih mantap,” ujar Mohd Nafuzi.


Kredit: Sinar Harian

Kredit foto: Kedah Darul Aman FC
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video