Harry Kane mengakui jaringan pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah nasib, namun menegaskan Tottenham berhak meraih kemenangan 3-0 ke atas Everton, semalam.
Kemarau jaringan Kane berterusan apabila gagal mencipta gol bulan lalu ketika bertemu Newcastle United, Chelsea dan Burnley.
Seperti musim-musim sebelum ini, Kane mula meledak gol pada September dan dia akhirnya mencipta ke-100 buat Spurs di Goodison Park.
"Ia adalah jaringan yang tidak disengajakan. Saya berasakan semua mengetahui tuah menyebelahi saya untuk menjaringkan gol tersebut.This Harry Kane goal is Kevin Gallacher-esque! @kevingallacher8 @dundeeunitedfc pic.twitter.com/Oxo2NNJPWE
— The Alien Cormorant (@alancormack) September 9, 2017
"Saya hanya memerlukan satu gol untuk meraih keyakinan dan berjaya mencipta dua gol dalam perlawanan ini.
"Saya juga berbangga kerana dapat menjaringkan gol yang ke-100 untuk pasukan dan berharap 100 lagi gol pada masa akan datang."
Jaringan Kane yang ke-101 hadir pada babak kedua perlawanan selepas Christian Eriksen menjadikan kedudukan 2-0 (minit ke-42), dengan pemain kebangsaan England itu memuji persembahan yang dipamerkan oleh skuad bimbingan Mauricio Pochettino.
"Ia merupakan satu persembahan yang mantap. Sukar untuk meraih kemenangan di Goodison Park dan keputusan 3-0 sangat baik buat kami.
"Setiap pemain di atas padang bekerja keras dan menyukarkan Everton sepanjang perlawanan."