Pengurus Manchester City, Pep, Guardiola, memuji watak setiap pemain dalam pasukannya selepas juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) itu melakar keputusan seri 3-3 dalam perlawanan yang mendebarkan ketika berdepan pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid, awal pagi tadi.

Dia mendakwa pasukannya itu sebelum ini mudah tewas ketika bermain di bawah tekanan yang tinggi apabila Real Madrid berjaya menyamakan kedudukan sebanyak dua kali dalam perlawanan suku akhir pertama yang penuh dramatik di Bernabeu.

City mendahului seawal minit kedua permainan menerusi Bernardo Silva tetapi Real membalas dengan gol sendiri oleh Ruben Dias hasil sepakan percubaan daripada Rodrygo.

Phil Foden dan Josko Gvardiol mengubah permainan sekali lagi dengan percubaan yang menakjubkan pada separuh masa kedua tetapi Federico Valverde berjaya menyamakan kedudukan untuk memastikan aksi timbal balik di Stadium Etihad nanti kembali seimbang.

"Saya fikir ia sangat bagus. Dua pasukan yang mahu menyerang dengan kualiti jaringan gol yang hebat.

"Apa yang paling saya suka adalah bagaimna kami bermain pada separuh masa kedua. Kami ketinggalan 2-1, kami bermain tanpa ketenangan.

"Perlawanan seperti ini sepanjang tiga musim lalu mungkin kami akan tewas 4-1 atau 5-1 kerana kami tidak stabil dari segi emosi.

"Anda memerlukan masa untuk belajar dan kini kami lebih stabil dan saya harap kami boleh melakukan dengan lebih baik pada masa akan datang." katanya.