Massimiliano Allegri mengatakan Juventus tidak boleh terus memikirkan Cristiano Ronaldo setelah gergasi Serie A yang bergelut itu mengalami kekalahan mengejutkan kepada Empoli tanpa bintang yang kembali ke Manchester United itu.

Tanpa Ronaldo ketika hampir melengkapkan perpindahan ke United, Skuad Juve kendalian Allegri dikejutkan dengan kekalahan 1-0 oleh pelawat dan juga pendatang baru Serie A, Empoli di Turin semalam.

Jaringan Mancuso melonjak Empoli sekaligus terus menambah perit permulaan tanpa kemenangan Juve selepas seri dengan Udinese minggu lalu.

Juve gagal mendapatkan kemenangan daripada dua perlawanan permulaan pertandingan buat kali ketiga sejak 52 musim yang lalu -- melakukannya pada 2010-11 dan 2015-16, malah ketua jurulatih Allegri ditanykan mengenai pemenang Ballon d'Or lima kali, Ronaldo selepas tamat perlawanan.

"Cristiano menikmati tiga tahun di Juventus, dia menjaringkan gol, seorang pemain luar biasa tetapi kami tidak boleh memikirkan tentang Ronaldo," kata Allegri kepada DAZN.

"Saya mempunyai skuad yang bagus, kami mesti sedar bahawa kami tidak boleh mendominasi setiap perlawanan.

"Kami perlu bersatu dan ini akan membantu kita untuk masa depan.

"Saya sentiasa optimis."


Ronaldo menyertai Juve dari Real Madrid pada 2018 dan kekal sebagai pemain yang amat penting buat gergasi Itali itu, menjaringkan 81 gol dalam 98 perlawanan Serie A.