Skip to main content

Bola Sepak

Juventus pantau situasi Memphis Depay di Bercelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

depay.jpg
Pavel Nedved mengesahkan penyerang Barcelona, Memphis Depay, berada di bawah radar Juventus.

Barca dilaporkan telah bersetuju untuk menamatkan kontrak Depay hanya lebih setahun selepas dia tiba di Camp Nou sebagai ejen bebas.

Bianconeri menjadi pilihan untuk menandatangani penyerang Belanda itu yang turut dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham dan Newastle United.

Naib Presiden Juventus, Nedved, berkata gergasi Serie A itu berminat dengan sentuhan Depay tetapi dia bukanlah satu-satunya sasaran mereka.

Dia memberitahu DAZN: "Tidak perlu proses tergesa-gesa, itu bukanlah idea yang baik. Kami sedang menilai, kami berwaspada tentang apa yang ditawarkan dalam pasaran.

 


"Kami perlu menilainya dengan baik, melihat latihan dan status kecederaan; kami sedang mempertimbangkan untuk memasuki pasaran.

"Saya setuju bahawa Depay boleh digandingkan dengan Dusan Vlahovic atau memainkan peranan di tempatnya. 

"Dia boleh dipasangkan dengan Moise Kean termasuk bertindak sebagai pemain sayap, tetapi dia hanyalah salah satu nama yang kami sedang kaji."

Depay merupakan pemain gantian yang tidak digunakan dalam perlawanan LaLiga ketika Barca seri tanpa jaringan dengan Rayo Vallecano sebelum membelasah Real Sociedad 4-1.

Advertisement

Must Watch Video