Jurulatih Negeri Sembilan FC, K Devan, tampak menjadikan Shahrel Fikri Fauzi sebagai wira sebenar skuad Jang apabila mengakui kemasukan penyerangnya itu beri impak kepada pasukan.

Mereka mengakhiri penantian kemenangan sulung musim ini hasil kejayaan menundukkan Terengganu FC 2-1 di Paroi, malam tadi.

"Dia nampak berkesan apabila dia pergi ke depan untuk dapatkan bola kedua, dia berjaya dapatkan peluang.




"Gol kedua juga hasil daripada percubaannya juga sebelum Tommy Bada membuat hantaran kepada Casagrande.

"Saya rasa ada 3-4 kali Shahrel masuk ke dalam kotak 18 ela pihak lawan untuk membuat percubaan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Menurut Shahrel Fikri pula, "Janji pasukan menang.

"Kami perlu buat selangkah demi selangkah.

"Insya-Allah saya dan pasukan akan meningkat."