The Reds menemui sentuhan penyudah menerusi Trent Alexander-Arnold, Ryan Gravenberch dan Diogo Jota ketika mereka bangkit daripada tersingkir daripada Liga Europa kepada Atalanta, minggu lalu, selain tumbang kepada Crystal Palace di Anfield.
Klopp menyambut baik perebutan sengit ketika sambil menyifatkan pencabar terdekat, Manchester City dan Arsenal, juga memerlukan tuah dalam tempoh sebegini.
Dengan Liverpool menuju baki lima perlawanan dan Klopp berkata: “Mungkin jika kami mengekalkan keterujaannya maka tuan mungkin akan menyebelahi kami.
"Saya tidak tahu. Kami perlu cuba memenangi seberapa banyak perlawanan demi meraih seberapa banyak mata yang mungkin.
Jota strikes for our third at Craven Cottage ?#TeamPixel | #ad pic.twitter.com/9OCkMO68Hq
— Liverpool FC (@LFC) April 22, 2024
“Ia adalah musim yang sengit buat kami; semua orang memerlukan tuah dalam beberapa saat dan ketiga-tiga kelab memerlukannya.
"Jadi, ia akan menjadi satu perlumbaan yang menarik jadi saya gembira kerana kami masih terus bersaing dan itulah yang saya nikmati.”