Julian Nagelsmann secara berterus-terang menolak tugasan di Chelsea.

Nagelsmann dipecat secara mengejutkan oleh Bayern Munich bulan lalu dengan Thomas Tuchel menggantikannya ketika gergasi Bavaria itu cuba mengekang Borussia Dortmund dalam pemburuan mahkota Bundesliga.

Selepas memenangi hati peminat sepanjang tempoh membimbing Hoffenheim dan RB Leipzig sebelum membawa Bayern menjulang kejuaraan liga musim lalu, Nagelsmann segera disebut-sebut sebagai bakal pengganti tetap Graham Potter di Stamford Bridge.

Nagelsmann dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan Chelsea -- yang kini berada di kedudukan ke-11 Liga Perdana Inggeris (EPL) -- untuk mengambil alih tugas itu pada akhir kempen ini, tetapi laporan malam tadi mengesahkan dia menarik diri daripada tugasan berkenaan.

Ditanya mengenai laporan tersebut oleh Sky Sports di Jerman, Nagelsmann berkata: "Untuk membatalkan sesuatu, anda perlu komited kepada sesuatu."