Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengesahkan Jerman bakal menganjurkan Euro 2024 selepas mengatasi bidaan daripada Turki.

Ia bakal menjadi kejohanan utama pertama dianjurkan di bumi Jerman sejak Piala Dunia 2006.

Jerman merupakan juara Euro tiga kali dan kali terakhir melakukannya pada Euro 96.

Bekas kapten Bayern Munich dan Jerman, Philipp Lahm, berkhidmat sebagai duta untuk bidaan mereka menganjurkan saingan ini, yang bakal ditampilkan di 10 bandar raya.

Allianz Arena (Bayern Munich), Westfalenstadion (Borussia Dortmund) dan Olympiastadion (Hertha Berlin) menjadi venue utama di samping terdapat perlawanan yang bakal berlangsung di Gelsenkirchen, Stuttgart, Hamburg, Dusseldorf, Cologne, Leipzig dan Frankfurt.