Skip to main content

Bola Sepak

JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mauricio.jpg
Kekosongan posisi yang ditinggalkan Mauricio dos Santos Nascimento menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Antara nama yang dikaitkan ke kelab selatan itu ialah pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools, Daniel Ting dan Jordi Amat.

JDT mengumumkan langkah itu di media sosial, Twitter, sebentar tadi  tetapi masih belum mengumumkan langkah seterusnya. 

Pemain yang diberi jolokan Kereta Kebal itu telah bersama Harimau Selatan sejak empat musim lalu dengan memenangi lapan trofi bersama skuad berkenaan.

Namun, masalah kecergasan mungkin mendorong JDT untuk melepaskan pemain berusia 33 tahun dari Brazil itu. 



"Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama.

"Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga JDT," kata JDT dalam satu kenyataan, hari ini.

JDT sebelum ini merancang untuk menandatangani empat pemain baru yang terdiri daripadanya dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan.


 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video