Skip to main content

Bola Sepak

JDT waspada ancaman Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Juara sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan Sabah FC merupakan pasukan yang tetap perlu diberikan perhatian berdasarkan persembahan konsisten kelab dari Kepulauan Borneo itu dalam saingan Liga Super musim ini.

Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, perlawanan menentang anak buah Datuk Ong Kim Swee pada Jumaat ini merupakan satu perlawanan yang sukar memandangkan The Rhinos juga mempamerkan prestasi yang baik selepas lima perlawanan pembukaan liga.

“Kami perlu fokus secara taktikal sepanjang 90 minit. Kami telah menunjukkan prestasi yang baik setakat ini tetapi masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan.

“Walaupun skuad ini secara amnya berada dalam keadaan yang baik, terdapat beberapa pemain yang belum cergas sepenuhnya dan masih menjalani pemulihan.

“Natxo Insa hampir kembali selepas beberapa bulan tidak beraksi akibat kecederaan belakang manakala Bergson Da Silva masih belum cergas sepenuhnya setelah terlepas tiga perlawanan terakhir,” katanya yang juga pengurus Harimau Selatan.

JDT kini mengungguli saingan Liga dengan 15 mata manakala Sabah pula di kedudukan kedua dengan 13 mata selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan liga.
 

Untuk rekod, perlawanan ini juga disifatkan sebagai perlawanan berintensiti tinggi yang akan menguji keberkesanan percaturan taktikal Solari dan Kim Swee.

Pada masa sama Solari memaklumkan bahawa tuan rumah bermungkinan kehilangan khidmat Aiman Hanapi dan Endrick Dos Santos dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

“Arif Aiman Hanapi dan Endrick Dos Santos juga tidak cergas 100 peratus dan masih menjalani pemulihan serta latihan ringan.

“Kami berharap pemain-pemain ini kembali cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang Sabah dan perlawanan akan datang,” katanya.

kredit: Sinar Harian

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video