Conor Coady menjaringkan gol dengan sentuhan terakhir perlawanan ketika Wolves bangkit untuk seri 2-2 dengan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Todd Boehly, yang mengetuai konsortium yang akan melengkapkan pengambilalihan akhir bulan ini, hadir di Stamford Bridge ketika Romelu Lukaku menjaringkan gol Liga Perdana pertamanya sejak seri 1-1 dengan Brighton dan Hove Albion pada 29 Disember untuk meletakkan tuan rumah 2-0 sebelum perlawanan melewati 60 minit.

Pemain gantian, Trinaco menghasilkan aksi dramatik apabila mengurangkan defisit jaringan 11 minit sebelum tamat permainan.

Coady kemudian muncul penyelamat Wolves untuk berkongsi satu mata pada minit ketujuh masa kecederaan dengan menanduk masuk hantaran lintang Chiquinho.