Luahan itu disuarakan ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim, berikutan kegagalan untuk melakar kemenangan sejak minggu pertama Liga Super 2023.

Irfan Bakti yang berhasrat menemui pihak pengurusan setelah kekalahan kepada Sri Pahang minggu lalu, bagaimanapun berkongsi bahawa keputusan sebulat suara sudah dibuat bahawa khidmatnya masih ditagih oleh pengurusan kelab Borneo itu bagi menghabiskan setidak-tidaknya saingan liga musim ini.

"Jika saya mengambil tindakan drastik meninggalkan pasukan dalam keadaan semasa pasukan, ia adalah tidak adil dan saya percaya kelab masih mahukan saya kekal bersama pasukan," kata Irfan.


Sementara itu, menjelang jendela perpindahan kedua pada Julai kelak, rombakan pemain dan pasukan akan dilakukan dalam usaha Kuching City mencapai hasil positif.

"Sudah tentu bukan sahaja pemain import, namun barisan pemain tempatan yang berkualiti juga perlu diperoleh bagi menghadapi pusingan kedua Liga Super."