Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain, lega dengan kutipan mata penuh di laman Alor Setar sebelum saingan Liga Super berehat seketika.

Namun, dia mengakui terlalu banyak lompong yang perlu diperbaiki dalam tempoh dua minggu ini demi kelangsungan Sang Kenari dalam aksi seterusnya pada Ramadan.

"Sebelum rehat (antarabangsa), kami berada di kedudukan ketiga -- lima perlawanan dengan 12 mata adalah satu keputusan yang bagus untuk Kedah.

"Kami berada di empat teratas dan kami memang mahu berada di situ.




"Ini bukan bermakna kami bagus, perjalanan kami pastinya lebih berliku," katanya selepas kemenangan 3-0 ke atas Kuching City di Alor Setar, malam tadi.

Dalam pada itu ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim, kecewa dengan kekalahan kali keempa berturut-turut yang memaksa dia membuat perubahan menjelang jendela perpindahan kedua kelak.

"Baik pemain tempatan dan import. Saya akan berbincang dengan pengurusan.

"Ini kali pertama saya alami empat kekalahan berturut-turut termasuk sepanjang (mengemudi) Kuching City," katanya.