Simone Inzaghi bertegas saingan kejuaraan Serie A masih belum berakhir selepas Inter bangkit daripada kekalahan kepada Bologna dengan menewaskan Udinese semalam.

Kemenangan 2-1 Inter hadir selepas Milan memperoleh kemenangan lewat 1-0 di tempat sendiri kepada Fiorentina, sekali gus meletakkan mereka di hadapan lima mata di puncak buat sementara waktu.

Kekalahan mengejut 2-1 kepada Bologna minggu lepas menyaksikan Inter kehilangan tempat di puncak carta, sementara Milan memiliki prestasi yang cukup baik.

Tetapi Inzaghi tidak berputus asa kerana Inter ingin memenangi Scudetto berturut-turut selepas gol separuh masa pertama daripada Ivan Perisic dan Lautaro Martínez sudah memadai untuk menewaskan Udinese.

“Pada kedudukan 2-0 kami bolos gol [Ignacio] Pussetto, itu membuatkan kami turun sedikit, tetapi kami berjaya mengekalkan fokus,” katanya kepada DAZN.

"Saya rasa ia adalah perlawanan ke-50 sejak awal musim tetapi kami bermain dengan baik, kami mahu menang. Ada tiga perlawanan lagi ditambah perlawanan akhir Coppa Italia.

"Kami bermain tujuh perlawanan dalam 22 hari tetapi pasukan kekal positif dan mahu berusaha sebaik mungkin sehingga tamat."