ARSENAL 3 ASTON VILLA 1

Mikel Arteta menjelaskan Arsenal telah membuktikan corak permainan sebenar yang ingin diperagakan ketika mendominasi Aston Villa 3-1, awal pagi tadi.


The Gunners menghadiahkan kekalahan ketiga berturut-turut kepada Villa dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), untuk mendaki ke tangga kesembilan hasil jaringan Thomas Partey, Pierre-Emerick Aubameyang dan Emile Smith Rowe di Stadium Emirates.

Arsenal mendahului dua gol dalam separuh masa pertama yang menyaksikan mereka membuat 14 percubaan sambil mengekang Villa untuk menghasilkan sebarang percubaan -- Ia kali pertama berlaku sejak Mei 2018 menentang Burnley.

Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Arsenal kepada enam perlawanan sejak memulakan kempen mereka dengan tiga kekalahan berturut-turut, maka tidak hairanlah Arteta gembira dengan apa yang disaksikannya.






"Cara kami memulakan permainan dan cara kami meneruskannya bagus," katanya kepada BBC Sport.

"Kami menyerang Villa dengan sangat agresif, kami memenangi setiap perebutan bola. Kami kreatif, mengancam. Saya bangga dengan pasukan, mereka beraksi dengan sangat baik.

"Inilah corak permainan yang kami harus tonjolkan. Ini boleh berlaku apabila kami dalam keadaan baik, beraksi dengan keinginan dan komitmen yang tinggi termasuk memiliki idea yang jelas tentang cara menyerang lawan.

"Kami lebih semakin bersatu padu. Keputusan yang dibuat juga baik. Kami mempunyai pemain-pemain yang bagus."