Lembaran Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25 bakal menjengah dengan beberapa nafas baru.

Setiap pasukan mempunyai tempoh yang mencukupi untuk merangka persiapan yang lebih teliti dan mengharungi cabaran baru termasuk penggunaan video bantuan pengadil (VAR).

Jadi jangan ketinggalan mendapatkan perkembangan terkini kancah bola sepak domestik menerusi Majlis Pelancaran Musim Baru Astro x Liga Malaysia, hanya di Youtube Astro Arena pada jam 3 petang hari ini.