Pasukan Selangor FC memulakan langkah kanan dalam perlawanan pra-musim selepas berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 berdepan Negeri Sembilan, di Pusat Latihan SFC, semalam.

Gol tunggal Selangor dijaringkan oleh pemain import baru berusia 29 tahun, Alvin Fortes, yang baru masuk pada musim ini bagi memperkuatkan jentera serangan The Red Giants bagi menghadapi saingan di pentas Asia dan Liga Super Malaysia 2024/2025.




Selangor bakal bertandang ke Ipoh,Perak bagi menghadapi perlawanan persahabatan kedua dalam sesi pra-musim pada Sabtu ini.