LAZIO 1 VENEZIA 0

Ciro Immobile mengatasi Silvio Piola sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Lazio dalam Serie A selepas menjaringkan gol liga ke-144 buat kelab itu, awal pagi tadi.


Piola mencipta rekod itu dalam tempoh sembilan tahun di antara musim 1934-1943 apabila menyumbat 143 gol dalam 227 penampilan.

Selepas melewati karier bersama Juventus, Genoa, Torino, Borussia Dortmund dan Sevilla, Immobile menemui rentak terbaiknya di Lazio pada 2016.

Immobile meledak gol ke-144 dalam penampilan ke-201 dengan menyempurnakan sepakan penalti untuk kemenangan 1-0 ke atas Venezia, sekali gus mendaki ke tangga kelima Serie A.

Dia kerap menemui sentuhan berbisa ketika bertemu Sampdoria yang menyaksikannya menjaringkan 12 gol dalam hanya 10 pertemuan liga dengan I Blucerchiati.

77 daripada golnya terhasil di Stadio Olimpico sementara dia turut gemar merobek gawang lawan iaitu sebanyak kali masing-masing di Stadio Marcantonio Bentegodi dan Stadio Luigi Ferraris.




Immobile telah menjaringkan 21 gol dalam 24 aksi Serie A musim ini untuk melepasi rekod liganya bagi kempen 2020-21 (20).

Bagaimanapun, dia masih mempunyai waktu untuk meningkatkan pencapaiannya musim ini bagi mengatasi pencapaian terbaiknya iaitu 36 gol dalam 37 perlawanan sepanjang 2019-20.