Temui pemain bola sepak dan artis kesayangan anda di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Perhatian buat warga Kuantan, Astro bakal membawakan sesuatu yang istimewa di Karnival Hello Kuantan! pada 20 Mei 2023 di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Seisi keluarga boleh menikmati kemeriahan yang akan dibawakan sepanjang hari karnival ini berlangsung sambil memberi sokongan buat pasukan kesayangan anda, Tok Gajah, dalam aksi Liga Malaysia yang akan berlangsung di antara pasukan Sri Pahang FC dan Pulau Pinang FC pada jam 5.15 petang.

Selain itu, peminat bola sepak boleh beramah mesra bersama lagenda bola sepak negara, yang juga merupakan 'pundit' Astro seperti, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Razman Roslan dan Hafizal Hamad pada jam 2.00petang.

Paling penting peminat akan berpeluang berjumpa dan bergambar dengan pemain bola sepak Sri Pahang FC yang akan bersama-sama turun ke karnival selepas perlawanan itu nanti.

Buat ibu-bapa, jangan lepaskan peluang membawa anak-anak anda bergembira dan menyanyi bersama Didi & Friends serta Upin & Ipin bermula seawal pagi.

Bukan itu sahaja, di sebelah malam pula, anda boleh ‘layan’ konsert dan persembahan daripada Idris Brown, Khairul Nizam dan Jesper dari All Together Now musim 1 dan 2 bermula jam 8.00 malam.