Arsene Wenger menuduh pemain tengah Liverpool, Fabinho 'menipu' untuk memaksa Alexis Sanchez dibuang padang dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Inter.

Liverpool ditewaskan 1-0 oleh juara Itali itu pada perlawanan kedua di Anfield tetapi masih mara ke suku akhir hasil kemenangan agregat 2-1.

Penyingkiran Sanchez berlaku pada detik penting dalam perlawanan, pemain antarabangsa Chile itu dilayangkan kuning kedua dua minit selepas Lautaro Martinez menjaringkan gol untuk menghidupkan harapan Inter.

Bekas pemain Arsenal dan Manchester United itu mempamerkan permainan agresif untuk mendapatkan bola daripada Fabinho dalam situasi 50-50 sebelum dilayangkan kad emrah.

Ia adalah kad merah pertama yang diterima Sanchez dalam 64 perlawanan dalam Liga Juara-Juara (UCL), dan Wenger mencadangkan Fabinho memainkan peranannya dalam keputusan pengadil.

“Ia adalah di antara menipu dan pandai,” kata Wenger kepada beIN SPORTS.

"Dia menipu, dia bertindak agak keterlaluan. Mungkin dia mengalami kesakitan, dia disentuh oleh Sanchez. Anda tidak boleh mengatakan ia benar-benar palsu.

"Saya berasakan Sanchez tidak mahu mencederakannya, dia berjaya mendapatkan bola terlebih dahulu."