SABAH 4 KEDAH 0

Wira hatrik Sabah, Amri Yahyah, berterima kasih kepada seluruh pasukan sejurus membelasah Kedah Darul Aman 4-0, sebentar tadi.


Biarpun melepaskan deretan peluang menarik sepanjang separuh masa pertama, barisan kendalian Datuk Ong Kim Swee bingkas menyusun rentak lebih tajam untuk merobek gawang lawan dalam tempoh 10 minit di Stadium Likas, malam tadi.

Amri membuka kenduri gol Sabah pada minit ke-51 dengan satu rembatan deras untuk mengelirukan penjaga gol Kedah, Ilham Amirullah Razali sebelum gol kedua daripada Park Tae-su dan Amri.

Walaupun Ilham Amirullah sempat menafikan sepakan penalti bekas ketua pasukan Hijau Kuning, Baddrol Bakhtiar, penyerang yang bakal mencecah usia 42 tahun itu melengkapkan hatriknya dengan satu lambungan licik untuk kedudukan 4-0.

Sabah memanjat tangga kedua selepas enam perlawanan sambil peneraju Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang sedang berjuang dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) berkelebihan dua perlawanan.

Sementara itu, juara Liga Perdana musim lalu, Negeri Sembilan, meneruskan momentum tanpa kalah apabila mencatat kemenangan 2-1 ketika melayani lawatan Kuala Lumpur City, sebentar tadi.

Keputusan Liga Perdana: