Ketua jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti, mengesahkan Marek Hamsik semakin hampir meninggalkan kelab itu dengan China menjadi sasaran utama.

Kapten Napoli, Hamsik, telah dikaitkan dengan perpindahan menyertai kelab Liga Super China, Dalian Yifang.

Dengan perpindahan itu semakin hampir dimeterai sementara Ancelotti mengesahkan Hamsik –- yang beraksi selama 74 minit ketika Napoli mengatasi Sampdoria 3-0 dalam saingan Serie A semalam -- mahu meninggalkan Stadio San Paolo.

"Perbincangan sedang dilakukan, kami masih lagi melakukan penilaian bersama pemain tersebut," kata Ancelotti.

"Kelab amat menghormati Hamsik, dia telah melakukan sejarah bersama kelab. Tetapi jika dia mahu mendapatkan pengalaman yang berbeza, kami mahu memastikan dia gembira.

"Kami enggan berselindung bahawa terdapat kelab yang mahu mendapatkannya. Kelab akan berusaha untuk memastikan hasrat Hamsik dapat ditunaikan."