Erling Haaland menolak spekulasi mengenai masa depannya, sambil menegaskan dia masih mempunyai tiga tahun kontrak bersama Borussia Dortmund.

Haaland terus menggegar Eropah selepas bintang Dortmund itu dilaporkan menarik minat Real Madrid, Manchester City, Barcelona, Manchester United, Chelsea, Juventus, Paris Saint-Germain dan Liverpool.

Pemain berusia 20 tahun itu ditanya mengenai masa depannya ketika bertugas antarabangsa dengan Norway, yang akan menghadapi Gibraltar dalam kelayakan Piala Dunia awal pagi esok.

"Saya masih mempunyai kontrak selama tiga tahun [di Dortmund]," kata Haaland.

"Saya tidak risau akan perkara itu."

Haaland, yang bergabung dengan Dortmund dari juara Austria Salzburg Januari tahun lalu, menjaringkan dua gol ketika seri 2-2 Sabtu lalu dengan Cologne.

Dia mencatat 14 gol di tempat lawan dalam Bundesliga musim ini, lebih banyak yang dijaringkan oleh Werder Bremen (13), Hertha Berlin (13), Mainz (11), Arminia Bielefeld (10) dan Schalke (lapan) di tempat sendiri bagi musim 2020-21.

Haaland telah menjaringkan 21 gol dalam 21 penampilan liga musim ini dan 33 dalam semua pertandingan.