Persembahan singkat Jack Grealish di Wembley mengagumkan Pep Guardiola dan pengurus Manchester City itu tidak sabar menantikan musim baru walaupun mengalami kekalahan 1-0 aksi Perisai Komuniti di tangan Leicester City.

Pemain rekod perpindahan Britain, Grealish, beraksi sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua perlawanan pembukaan musim 2021-22, tetapi Kelechi Iheanacho hadir daripada bangku simpanan menyempurnakan sepakan penalti sekali gus mengatasi bekas kelabnya itu.

Pemain yang dikagumi ketika saingan Euro 2020 bersama England, Pemain bernilai GBP100 juta, Grealish, diterima dengan tangan terbuka barisan penyokong Manchester, tetapi dicemuh oleh barisan penonton yang hadir menyokong Leicester.

Menyempurnakan 15 daripada 16 hantaran, termasuk menghasilkan satu peluang buat Ben Knight, dengan keseluruhan 25 sentuhan dalam tempoh 25 minit tempoh beraksi.

"Saya melihat banyak perkara yang sangat baik hari ini. Saya tidak berasakan kami bermain buruk. Saya berkata kepada semua betapa berbangganya saya," kata Guardiola pada sidang akhbar selepas perlawanan.

"Tetapi dalam bidang ini, anda mesti menang. Dan apabila tidak, ucapkan tahniah kepada lawan.

"Jack bermain dengan baik -- agresif, memberikan masa sukar buat pertahanan lawan. Setiap kali dia memegang bola, tiga pemain lawan akan hadir mengerumuninya.

"Kita akan mencari tempo, dia akan mengenal rakan sepasukannya, kita akan mengenalinya dan, selangkah demi selangkah, kita akan mencari yang terbaik.

"Saya mengetahui dia seorang pemain yang berkualiti dan mudah menyesuaikan diri.

"Dia tidak datang ke sini untuk bermain selama 25 minit, dia tiba untuk bermain lima atau enam tahun. Itulah sebabnya kakmi kekal sabar seperti lakukan untuk semua pemain baru yang tiba."