Pep Guardiola mengambil berat mengenai kesihatan mental barisan pemain Manchester City ketika membuat persiapan menghadapi musim baru.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tewas 1-0 dalam aksi perisai komuniti bertemu Leicester City Sabtu lalu, bekas penyerang, Kelechi Iheanacho, hadir daripada bangku simpanan menyempurnakan jaringan kemenangan itu di Wembley.

Guardiola masih lagi tanpa Raheem Sterling, Phil Foden, Kyle Walker, John Stones, Ederson dan Gabriel Jesus selepas masing-masing beraksi dalam final Euro 2020 dan Copa America bersama England dan Brazil.

Enam pemain itu akan kembali berlatih hari ini, dengan Kevin De Bruyne masih lagi dalam proses pemulihan kecederaan buku lalu ketika Belgium mara ke suku akhir Kejuaraan Eropah.

Aymeric Laporte -- beraksi dalam separuh akhir Euro bersama Sepanyol -- perlu menjalankan pengasingan diri kerana salah seorang penumpan dalam penerbangannya pulang ke United Kingdom selepas bercuti diuji positif COVID-19. Bagaimanapun pertahanan itu diuji negatif.

Ditanya adakah pemainnya di England akan mendapat keuntungan daripada diberi cuti rehat tambahan, dia menjawab: "Itu bergantung mentaliti mereka. Mereka harus berehat dan sekarang supaya mereka boleh bersiap sedia, tetapi ia bergantung di dalam minda mereka.

"Mereka telah bermain tiga, empat atau lima hari dan mental mereka cukup positif dan mereka bersedia untuk bersaing. Sebilangan daripada mereka memerlukan sedikit masa lagi.

"Kami akan berusaha untuk membuat persiapan bagi mereka yang bersedia."