Anthony Gordon menjaringkan gol tunggalkan buat Everton mengatasi Manchester United dalam kemenangan 1-0 di Goodison Park.

The Toffees memperoleh suntikan untuk mengelak daripada penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil jaringan yang disempurnakan dalam separuh masa pertama susulan merekodkan kemenangan berturut-turut buat pertama kali sejak September.

Everton kini berkelebihan empat mata daripada zon penyingkiran selepas meraih kemenangan ketiga daripada 10 perlawanan liga di bawah kendalian Frank Lampard, yang di bawah tekanan berikutan kekalahan 3-2 kepada Burnley Rabu lalu.