SASSUOLO 1 JUVENTUS 2

Moise Kean masuk daripada bangku pemain simpanan bagi menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk Juventus berpeluang cerah ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas menewaskan Sassuolo 2-1 awal pagi tadi.

Sassuolo merupakan pasukan yang lebih baik dalam separuh masa pertama perlawanan Serie A di Stadium MAPEI - Citta del Tricolore itu dan mereka berada di depan menerusi jaringan Ciacomo Raspidori pada minit ke-38.

Bagaimanapun, Paulo Dybala menyamakan kedudukan buat Juve pada penghujung babak pertama dan pemain gantian, Kane, menjaringkan gol pertamanya dalam tempoh dua bulan pada minit ke-88 untuk memastikan kemenangan penting Bianconeri.

Dengan kemenangan itu, Juve kekal di tangga keempat berbaki empat perlawanan, berkelebihan lapan mata berbanding pasukan di tangga kelima, AS Roma, dan hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Napoli.