REAL SOCIEDAD 0 BARCELONA 1

Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol penting buat Barcelona untuk menewaskan pesaing empat teratas, Real Sociedad, 1-1 dalam perlawanan LaLiga di Arena Reale awal pagi tadi.

Gol tandukan jarak dekatnya dalam separuh masa pertama perlawanan itu merupakan jaringannya yang ke-11 sepanjang 14 perlawanan terakhir bersama Barca.

Ia ternyata sudah mencukupi untuk menamatkan rentetan tujuh perlawanan tanpa kalah La Real di laman sendiri dengan Alexander Isak dan Alexander Sorloth mensia-siakan peluang terhidang dalam perlawanan itu.

Dengan kemenangan itu, Barca melonjak ke tangga kedua liga manakala La Real pula ketinggalan enam mata di belakang pasukan di tangga keempat, Atletico Madrid, berbaki lima perlawanan musim ini, sekali gus menyukarkan laluan mereka untuk memburu slot kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Dalam aksi itu Arena Reale itu, Sociedad dibolosi buat kali pertama sepanjang lapan perlawanan terakhir di laman sendiri pada minit ke-11.

Gavi mendapatkan kembali bola selepas percubaan Ousmane Dembele terkena tiang dan berhasil melakukan hantaran kepada Ferran Torres, yang melintangkan bola untuk ditanduk masuk aubameyang.

Frenkie de Jong, Torres dan Aubameyang kemudian melakukan percubaan yang sedikit tersasar sebelum Isak terlepas peluang berharga di depan gawang menerusi sepakan tidak kemasnya menjelang ke bilik persalinan.

Barca sekali lagi berdepan ancaman selepas dua minit perlawanan bersambung, di mana sepakan Sorloth melambung melepasi gawang selepas menerima hantaran Adnan Januzaj.

Barca seterusnya akan melayani kunjungan Rayo Vallecano hujung minggu ini manakala La Real pula akan berdepan lawan sama seminggu kemudian.