Pep Guardiola membandingkan Ferran Torres kepada Jamie Vardy selepas dua jaringan yang dihasilkan ketika Manchester City menang 5-0 ke atas Arsenal semalam.

City terpaksa meratapi pemain sasaran, Harry Kane, mengesahkan tidak akan meninggalkan Tottenham tahun ini di sebalik mencari jalan untuk meninggalkan pasukan sementara terlepas peluang untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo yang kembali ke Manchester United.

Penyerang tengah menjadi keutamaan City kerana tiada sesiapa yang menjaringkan lebih daripada 17 gol buat mereka sepanjang musim 2020-21, dan Sergio Aguero -- yang terlepas hampir keseluruhan musim ekoran kecederaan -- meninggalkan kelab untuk ke Barcelona.

Tetapi Guardiola menegaskan dia gembira dengan pilihan yang dimiliki selepas mengatasi 10 pemain Arsenal -- dengan Torres memimpin jentera serangan dengan dua gol, sementara Gabriel Jesus, Ilkay Gundogan dan Rodri turut menemui sasaran.



Pemain Sepanyol itu menjadi perbualan hangat selepas tamat perlawanan, dengan Guardiola memberikan pujian terhadap aksi yang dipamerkan pemain itu.

"Musim lalu, cara dia bermain cukup luar biasa," kata Guardiola.

"Bilangan jaringan dan assist… dia telah bermain dengan cukup baik. Tetapi turun sebagai penyerang, dia melakukan larian dan gerakan seperti barisan penyerang terbaik liga -- seperti Jamie Vardy.

"Dia bergerak dengan cukup baik, mampu menyudahkan jaringan dan masih muda. Kami berjaya mendapatkan khidmatnya musim lalu.

"Kami gembira kerana pergerakannya, etika kerjanya dan keinginannya untuk belajar, banyak perkara. Kami gembira dengan persembahannya."