Penyerang import PDRM, Bruno Suzuki memilih wanita tempatan kelahiran Sabah sebagai pasangan hidup dengan sah bergelar suami kepada Rosita Sulaiman Jumaat lalu.

Bruno yang memeluk islam Ogos lalu telah melangsungkan majlis persandingannya di Putrajaya dalam sebuah majlis yang serba sederhana namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga serta sahabat handai.