Gol separuh masa pertama Phil Foden sudah memadai ketika Manchester City menewaskan Brentford 1-0 untuk melanjutkan kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada 10 perlawanan dan mendahului lapan mata di puncak.

The Citizens telah meledak 17 gol dalam tiga perlawanan liga sebelum ini namun terpaksa bekerja keras ketika beraksi di Stadium Brentford Community bagi aksi terakhir tahun 2021.

Kevin De Bruyne melakukan lorongan cemerlang Foden untuk menyumbat masuk gol selepas 16 minit, gol kemenangan itu hadir 56 saat selepas tandukkan Yoane Wissa sekadar melewati palang gol.

City memiliki beberapa percubaan yang dibatalkan dalam separuh masa kedua namun kini berkelebihan lapan di puncak liga ke atas Chelsea yang seri dengan Brighton and Hove Albion sementara Liverpool tewas kepada Leicester City.