Ole Gunnar Solskjaer berkata Rio Ferdinand salah setelah bekas kapten Manchester United itu mempersoalkan mengapa Cristiano Ronaldo dibenarkan keluar ke garis sentuhan.

Ferdinand merupakan bekas rakan sepasukan pengendali semasa Red Devils yang berkata dia akan memberitahu Ronaldo untuk kekal di bangku berbanding bangun untuk membuat aduan kepada pegawai perlawanan.

Ronaldo, yang baru sahaja kembali ke kelab selepas 12 tahun berkelana, bangun bersama Bruno Fernandes meluahkan kemarahan mengenai terjahan yang dilakukan pemain tengah Young Boys, Christopher Martins terhadap Nemanja Matic dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) pada pertengahan minggu.

Ronaldo dan Fernandes digantikan ketika United mengalami kekalahan 2-1 menerusi jaringan kemenangan dalam masa kecederaan oleh tuan rumah.

Dalam peranannya sebagai pundit buat BT Sport, Ferdinand berkata, "Sekiranya saya pengurus, saya harus jujur, saya menyuruhnya untuk duduk."

Tetapi, menerusi petikan akhbar, Solskjaer menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah mengenai gandingan United itu menunjukkan kekecewaan mereka.

"Rio, sekali lagi anda tahu, kadang-kadang dia memberi komen mengenai perkara yang sebenarnya dirinya sendiri tidak ketahui," kata Solskjaer.

"Ia tidak seperti dia melatih pemain. Tidak. Baik Bruno dan Cristiano, setanding dengan mereka, tiba-tiba saya berasakan mereka bersama-sama dalam usaha memastikan yang terbaik untuk pasukan.

"Mereka berada di sana untuk sebentar dan menjerit kepada pengadil. United ketika itu tidak mendapat keputusan yang tidak memihak kami. Tetapi kemudian Cristiano duduk dan Bruno duduk."